MAKANAN TRADISI TERENGGANU
|
Tidak ketinggalan warisannya, di negeri terengganu juga banyakjuadah tradisi yang harus diteroka. sesungguhnya negeri ini menyajikan banyak makanan tradisinya. |
|
|
Tidak ketinggalan warisannya, di negeri terengganu juga banyakjuadah tradisi yang harus diteroka. sesungguhnya negeri ini menyajikan banyak makanan tradisinya. |
|
KEREPOK LEKOR
Keropok lekor atau dalam bahasa Terengganu ialah ‘kepok leko’ merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi. |
SATAR
Satar merupakan salah satu makanan tradisi orang melayu yang sangat popular di Negeri Pantai Timur dan sinonim dengan masyarakat di Negeri Terengganu. Satar adalah makanan ringan yang diperbuat dari ikan. Ia merupakan masakan istimewa Terengganu. Ia adalah campuran ikan tumbuk, lada dan halia dibalut dalam daun pisang berbentuk 3 piramid . Setiap satu akan dicucuk seperti sate gergasi dengan batang buluh dan dipanggang atas bara api. |
OTAK-OTAK
Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otakdi Malaysia iaitu "Otak-otak Terengganu" dan "Otak-otak Johor". Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai 'spring roll'.Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli.Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas. |
KETUPAT SOTONG TERENGGANU Mungkin kita jarang dihidangkan dengan makanan yang unik seperti ketupat sotong. Bagi penduduk di pantai timur, ketupat sotong antara makanan yang dianggap menarik dan mempunyai penggemartersendiri. Mungkin mereka yang tidak pernah menikmati makanan itu berasa pelik kerana sotong disumbat dengan beras pulut dan rasanya agak manis. |