SEJARAH TERENGGANU DARUL IMAN
SEJARAH ASAL USUL
TERENGGANU DARUL IMAN
Setakat ini terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan nama negeri Terengganu.
Nama Terengganu itu dikaitkan dengan "Terangnya ganu", "Taring anu", dan
"Terangan nu". Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu
(Kelantan dan Pahang) dan juga dari pendudukTerengganu sendiri. "Terangnya ganu"
ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelajar Kelantan tiba di Kuala
yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi di langit. Mereka pun
menyatakan " Terang sungguh ganu di sini ". Apabila pulang ke Kelantan mereka
menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya ". Sementara itu "Taring anu"
dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkanoleh Sultan Terengganu yang
kesembilan, Baginda Omar (1839–1876). Sebelum wujud nama negeri Terengganu,
satu rombongan Pahang telah datang memburu di kawasan hulu. Apabila mereka
tiba di satu tempat (kini dikenali dengan Sungai Terengganu Mati), salah seorang
daripada rombongan itu berjumpa sebatang taring. Beliau pun bertanya kepada
temannya, taring apa? Salah seorang daripadanya menyatakan "Taring anu"
kerana ia tidakdapat mengingatkan nama taring tersebut. Tidak lama kemudian,
di antara mereka di dalam rombongan ini dapat memburu seekor rusa. Apabila
dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah seorang daripada mereka
bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang berkenaan menyatakan berburu di
"Taring anu ". Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya
tempatnya, mereka menyatakan di " Taring anu". Lama kelamaan dikenali
dengan Terengganu. Sebuah kitab lagi berkait dengan salah sebuah sungai yang
bernama Sungai Terengan. Kuala Sungai Terengan ini adalah pertemuan
Sungai Kerbat dan Sungai Terengan. Dipercayai pada zaman silamsudah ada
penduduk di sini. Mereka berulangalikmenggunakankedua-dua sungai ini.
Oleh itu jika mereka bertolak dari Kuala Terengan, mereka akan menggunakan
samada Sungai Terengan atau Sungai Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya
hendak ke mana? Mereka akan menjawab sama ada ke "Terangan ni"
atau "Terengan nu".Dengan itu lama kelamaan muncullah Terengganu.